WTF Sales Page

Assalamualaikum dan salam ceria sahabat pelabur hartanah yang dihormati,

SK di sini! :)

Hari ini SK nak kongsikan sesuatu yang penting dengan anda.

Tahukah anda bagaimana anda boleh:

  • Beli hartanah pada harga 10%-30% di bawah harga pasaran (market value)
  • Beli hartanah tanpa modal atau menggunakan modal yang sangat sedikit
  • Bagaimana untuk sentiasa berterusan mendapatkan pinjaman walaupun anda sudah memiliki beberapa buah hartanah
  • Bagaimana untuk mendapatkan loan sebanyak 90% jika anda memiliki dengan lebih daripada 3 buah hartanah.
  • Bagaimana membeli rumah walaupun anda sudah blacklisted

dan baaanyak lagi topik hangat tentang teknik asas dan “advance” dalam pelaburan hartanah..

Baiklah..istimewa untuk anda.. SK dah bersetuju untuk bergabung dengan sahabat baik SK, Faizul Ridzuan, untuk menganjurkan sebuah program seminar dan pendidikan intensif pelaburan hartanah di Malaysia.. tapi sebelum itu..

 

Siapa Faizul Ridzuan?

Faizul Ridzuan

Faizul Ridzuan berasal dari Kuala Lumpur dan seorang lulusan Sains Komputer daripada universiti tempatan.

(Ramai rakan-rakan pelabur hartanah sangka beliau adalah lulusan matematik/perakaunan/kewangan, sedangkan beliau benci angka-angka besar ketika di sekolah dahulu).

Berasal dari keluarga berpendapatan rendah, dan tiada harta pusaka atau warisan sehingga kini.

Beliau juga bukanlah seorang usahawan sepenuh masa yang memiliki pendapatan yang melimpah-ruah, dan masih lagi bekerja makan gaji 9 pagi-5 petang sehingga kini.

Beliau memulakan pelaburan hartanah sejak dari tahun 2006, dengan berbekalkan hanya RM2000 dalam simpanan.

Pada tahun 2011, ketika usia beliau 29 tahun, beliau telah berjaya membeli 23 buah rumah dengan jumlah aset sebanyak RM5 juta.

Antara kejayaan beliau di dalam pelaburan hartanah:

1. Membeli sebuah rumah tanpa wang pendahuluan pada tahun 2009, dan berjaya menjual rumah tersebut pada tahun 2010 dan menjana keuntungan RM120,000!

2. Membeli beberapa buah rumah di mana harga rumah-rumah tersebut meningkat 2 kali ganda dalam masa 18 bulan sahaja.

3. Kesemua rumah yang beliau miliki mempunyai keuntungan sewaan sebanyak 10% hingga 16%.

Pada tahun 2012, beliau telah menulis dan melancarkan buku “bestseller”, “WTF? 23 properties by 30″, dan berjaya menjadi buku bestseller no.1 di kedai buku MPH dan Kinokuniya.

622719_10200181182717312_1073822864_o

Faizul Ridzuan di kelilingi pembaca buku WTF di sebuah seminar

603206_486874101363097_1710947400_n

Faizul Ridzuan memberikan pendapat beliau tentang industri pelaburan hartanah di Malaysia pada tahun 2013 dalam akhbar

557230_427802540611441_1166706613_n

Faizul Ridzuan di dalam majalah HOMEFINDER

601197_526855360698304_2135268165_n

Faizul Ridzuan di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, TV1 RTM

Faizul Ridzuan di seminar OPIN 2.0 pada tahun 2012

Faizul Ridzuan di seminar OPIN 2.0 pada tahun 2012

Faizul Ridzuan dalam temuramah bersama Astro Awani

Faizul Ridzuan dalam temuramah bersama Astro Awani

Memang hebat orangnya Faizul Ridzuan ni.. seminar ini adalah ilham beliau sendiri dan beliau telah pilih SK sebagai host rasmi program seminar pertama beliau.. rata-rata pembaca buku dan peminat Faizul tahu yang beliau tidak pernah menganjurkan seminar sendiri..tetapi beliau selalu dijemput oleh speaker hartanah dan pemaju-pemaju hartanah terkenal di Malaysia..

Jadi.. dengan bangganya SK mengisytiharkan..sebuah program seminar hartanah terhebat di Malaysia pada tahun 2013..

Program 7 Hari WTF Sarjana Hartanah Bersama Faizul Ridzuan

Istimewa untuk anda, program 7 Hari WTF Sarjana Hartanah Bersama Faizul Ridzuan ini telah disusun rapi oleh Faizul Ridzuan sendiri.

Program ini akan diadakan selama 7 hari. Seminar 2 hari akan diadakan pada 22 dan 30 Jun 2013 di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya, manakala 5 hari selebihnya adalah program online di laman forum khas WTF University.

Tarikh: 22 hingga 30 Jun 2013

Masa: 8 pagi – 5 petang

Aturcara Program:2 hari seminar di auditorium dan 5 hari seminar online di laman forum khas

Lokasi Seminar:Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24 Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya

Lokasi Seminar 7 Hari Master Hartanah Bersama Faizul Ridzuan

Auditorium Cempaka Sari

 

“OK, kenapa saya perlu hadir dalam program dengan Faizul Ridzuan ni?..

..Apa Yang Saya Akan Belajar Dalam Program Intensif 7 Hari Ni?”

Hari Pertama – Membina Asas Pelaburan Hartanah Yang Kukuh
(Putrajaya, 22 Jun 2013)

  • “Kenapa” – Apakah matlamat pelaburan hartanah anda? Ramai pelabur hartanah gagal mendapat keuntungan berlipatkali ganda tanpa matlamat yang betul.
  • Analisa nombor anda dan jangka masa pelaburan anda. Setiap pelabur hartanah mempunyai angka yang unik. Kenalpasti kekuatan angka anda.
  • Konsep membina jaringan kerjasama (networking). Dengan kekuatan networking anda, anda boleh mengetahui peluang-peluang pelaburan baru sebelum orang lain mengetahuinya, dan membeli rumah dengan harga yang lebih rendah daripada orang lain di luar sana.
  • Fahami angka-angka kritikal dalam pelaburan. Ilmu pelaburan hartanah adalah ibarat matematik. Kuasai angka-angka kritikal ini dan pelaburan hartanah akan menjadi lebih mudah untuk anda.
  • Penerangan untuk 6 hari yang berikutnya dan apa yang anda perlu buat untuk menang biasiswa WTF! Hanya 10 tempat ditawarkan untuk biasiswa WTF di mana yuran program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penaja. Maksudnya, anda berpeluang untuk hadir ke program ini secara PERCUMA.

Hari Kedua - Kuasai Cara Untuk Memburu Informasi Dan Peluang Pelaburan
(ONLINE: 23 Jun 2013)

  • Di mana patut kita cari informasi berkenaan hartanah. Sekarang ini terlalu banyak info mengenai hartanah. Teknik ini akan membantu anda mengurangkan rasa serabut dengan info yang sangat banyak, dan memudahkan anda mencari info yang boleh dipercayai.
  • Di mana dan bagaimana kita perlu cari informasi berkaitan hartanah untuk dibeli atau disewa. Cara nak mencari” lubuk duit” dalam hartanah yang boleh menjanjikan keuntungan besar untuk anda.
  • Bagaimana menentukan hartanah tersebut adalah murah? Apakah faktor yang kita perlu lihat? Kemahiran ini sangat kritikal untuk dikuasai oleh pelabur-pelabur hartanah yang mempunyai modal yang sedikit, di mana Faizul akan bongkarkan rahsia beliau bermula dengan modal yang sedikit.

Hari Ketiga - Kuasai Kemahiran Pembiayaan (Financing) Pelabur Jutawan
(ONLINE: 24 Jun 2013) 

  • Fahami cara bagaimana pihak bank menilai anda. Bagaimana bank tahu anda layak mendapat pinjaman daripada mereka dan tips untuk menjadi peminjam kegemaran bank anda.
  • Ketahui cara menguasai seni penilaian hartanah (art of valuation). Apakah yang membezakan rumah mahal dan rumah murah. Mengapa rumah anda mungkin lebih mahal daripada rumah jiran anda, walaupun dari luar nampak sama.
  • Fahami dan kuasai cara mengenalpasti “musim panas” dan “musim sejuk”pihak bank setiap tahun. Bila anda ketahui teknik ini, anda akan tahu kenapa ada masa pinjaman mudah lulus dan ada kalanya sangat sukar untuk lulus.

Hari Keempat - Kuasai Kemahiran Undang-Undang (Legal) Pelabur Jutawan
(ONLINE: 25 Jun 2013) 

  • Ketahui proses jual beli hartanah. Apa yang berlaku semasa anda ingin menjual hartanah anda, dan apa yang berlaku ketika anda membeli hartanah anda daripada orang lain.
  • Ketahui proses pindahmilik hartanah. Apa yang berlaku bila anda tukar nama pemilik rumah tersebut, bagaimana prosesnya dan berapa lama jangka masa yang diperlukan.
  • Fahami beza diantara beberapa perjanjian undang-undang (SPA, Perjanjian pinjaman bank, DMC). Ramai pelabur hartanah yang keliru dengan kepelbagaian perjanjian undang-undang dalam jual beli hartanah, sehinggakan mereka kerugian beratus ribu ringgit. Kuasai ilmu perjanjian undang-undang ini dan anda telah mencegah diri anda daripada kerugian besar dalam pelaburan anda.
  • Ketahui cara mengenalpasti dan memilih peguam yang betul. FAKTA: Bukan semua peguam yang ada bagus dalam urusan jual beli hartanah. Kenal pasti yang mana paling sesuai untuk urusan jual beli hartanah anda.
  • Ketahui yuran mana satu yang boleh diskaun dan yang tidak boleh ditawarkan diskaun. Bila anda ketahui teknik ini, anda boleh jimat sehingga 50% daripada kos guaman jual beli hartanah anda!

Hari Kelima - Kuasai Ilmu Sewaan dan Penyewaan (Rental and Tenancy) Gaya Faizul Ridzuan
(ONLINE: 26 Jun 2013) 

  • Ketahui cara mencari penyewa rumah dengan mudah. Ramai yang ada rumah untuk disewakan tetapi sukar untuk mencari penyewa. Pelajari bagaimana Faizul mencari penyewa-penyewa rumah beliau dengan mudah dan menguntungkan.
  • Cara menapis dan mengasingkan ejen rumah yang bagus daripada ejen yang teruk. Bukan semua ejen rumah yang datang menawarkan khidmat kepada anda itu bagus. Pelajari cara untuk mengenalpasti “ejen dari syurga” yang membantu memudahkan urusan penyewaan anda, dan “ejen dari neraka” yang menyusahkan anda.
  • Fahami kitaran sewaan (tenant cycle). Dalam sewaan rumah ada kitarannya. Ketahui teknik ini dan anda akan lebih mudah membuat keputusan pelaburan anda. Anda akan tahu bila masa yang sesuai untuk rumah tersebut disewakan, dan berapa lama kitarannya.
  • Ketahui cara mengenalpasti dan memilih peguam yang betul. FAKTA: Bukan semua peguam yang ada bagus dalam urusan jual beli hartanah. Kenal pasti yang mana paling sesuai untuk urusan jual beli hartanah anda.
  • Kuasai teknik “Differentiation” dalam penyewaan rumah. Bila anda ketahui teknik ini, anda tidak lagi berasa hairan kenapa rumah sewa jiran anda boleh disewakan dengan harga yang tinggi, sedangkan rumah anda langsung tiada penyewa ingin sewa. Bagaimana membezakan rumah sewa anda daripada rumah-rumah yang lain.

Hari Keenam – APE: Senjata Sulit Faizul Ridzuan Dalam Pelaburan Hartanah
(ONLINE: 27 Jun 2013) 

  • Fahami cara untuk menilai sesuatu kawasan yang baru. Sekarang, banyak pemaju-pemaju perumahan melancarkan jualan kawasan perumahan baru mereka. Tetapi, tahukan anda cara untuk mengenalpasti sama ada berbaloi atau tidak melabur di kawasan tersebut?
  • Bagaimana melakukan teknik APE dengan cepat. Kuasai kemahiran analisa APE sehingga anda boleh melakukannya dengan segera.
  • Bagaimana APE boleh menjamin kejayaan kita. Dengan menggunakan teknik ini, anda akan dapat mengurangkan risiko pelaburan hartanah anda, dan mencapai kejayaan yang besar dalam pelaburan anda.

Hari Ketujuh – Rumusan, Analisa Hartanah Berpotensi dan Temuramah Bersama Pelabur OTAI! 
(Putrajaya: 30 Jun 2013) 

  • Ulangkaji kesemua 6 hari sebelumnya. Dengan cara ini, kesemua teknik yang dipelajari dalam masa 6 hari sebelumnya akan dapat dikuasai degan lebih cekap.
  • Analisa 3 kes APE yang terbaik daripada semua pelajar. Semua analisa APE yang dijalankan oleh peserta program ini akan dinilai, dan 3 kes analisa yang terbaik akan dibentangkan pada hari terakhir program.
  • 4 pembelian yang Faizul lakukan pada 2013 dan kenapa Faizul membeli hartanah tersebut? Ketahui di mana dan mengapa Faizul membeli 4 hartanah tersebut yang mana beliau tidak pernah kongsikan dengan sesiapa sebelum ini
  • Sesi temuramah khas bersama 4 pelabur hartanah yang telah membeli lebih daripada 80 buah hartanah. Mereka adalah pelabur-pelabur master yang sudi berkongsi kisah pelaburan hartanah mereka bersama anda.
  • 2 peluang Pelaburan Hartanah Tanpa Modal (PHTM) untuk kesemua pelajar! Untuk pelajar yang sudah bersedia untuk membeli rumah tanpa wang pendahuluan, 2 peluang pelaburan akan disediakan di hujung program tersebut.

BONUS ISTIMEWA

Biasiswa WTF University untuk
10 peserta program. 100% PERCUMA*

Untuk membantu lebih ramai insan menyertai SK dan Faizul telah bersetuju untuk menawarkan biasiswa kepada 10 insan yang layak, di mana yuran penyertaan program akan ditanggung sepenuhnya oleh kami.

Syarat-syarat kelayakan biasiswa adalah seperti berikut:

 

  • Datang daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah
  • Menunjukkan minat yang mendalam dalam pelaburan hartanah

Jika anda berminat untuk memohon biasiswa ini, sila hantarkan email beserta karangan ringkas tentang diri anda ke alamat wtfuniversitycommy@gmail.com

10 Hadiah Istimewa Untuk Peserta Program Cemerlang: Yuran 100% PERCUMA

Baiklah. Sepanjang program ini berlangsung, anda akan diberikan assignment atau “kerja rumah” untuk disiapkan. SK dan Faizul akan menyemak assignment tersebut dan memberikan markah untuk anda.

Yuran penyertaan program untuk 10 peserta dengan markah tertinggi akan dipulangkan semula. Bermakna, 10 peserta cemerlang ini akan dapat belajar ilmu pelaburan hartanah daripada Faizul Ridzuan secara PERCUMA!

Apabila anda hadir ke seminar ini, anda akan:

  • Bertambah yakin dengan kemampuan diri anda untuk melabur dalam pelaburan hartanah anda
  • Memiliki ilmu pelaburan hartanah setaraf dengan pelabur veteran, pelabur jutawan dan pelabur berjaya
  • Mahir dalam formula pengiraan yang diperlukan untuk menganalisa sesuatu peluang pelaburan hartanah
  • Mahir dalam urusan yang melibatkan peguam hartanah anda tanpa rasa ragu-ragu
  • Bijak dalam mengurus rumah sewa anda dan menghadapi ejen-ejen rumah anda
  • Tahu selok-belok ilmu pelaburan hartanah yang konvensional dan yang kontroversi
  • Boleh membuat keputusan untuk melabur dengan mudah dan segera
  • Mampu menjana pendapatan lebih daripada 5 angka daripada pelaburan hartanah dengan mudah
  • Melonjakkan portfolio pelaburan anda daripada biasa-biasa kepada tahap “multimillionaire” apabila diaplikasikan dengan betul

Kami amat yakin dengan program ini, kerana program ini akan diajar sendiri oleh Faizul Ridzuan dan rakan-rakan speaker hebat yang lain yang dipilih khas oleh Faizul sendiri.

Jadi, tiada risiko untuk anda menyertai program ini. Malah, kami juga menawarkan jaminan istimewa..

“Jaminan Pulangan Wang 100% Dalam Masa 30 Hari”

Apabila anda menyertai program seminar 7 Hari WTF Sarjana Hartanah bersama Faizul Ridzuan hari ini, kami beri jaminan kepuasan anda 100%. Kami berjanji akan memberikan yang terbaik untuk anda supaya anda berpuas hati dengan program ini.

Tetapi, jika anda rasa anda tidak belajar apa-apa daripada program ini dan ia sangat tidak berbaloi dengan pelaburan anda, kami akan pulangkan wang anda 100%, sah dalam masa 30 hari daripada tarikh akhir seminar ini.

OK. SK tahu anda pasti sudah tak sabar nak menyertai program intensif ini..

“SK, berapa yuran penyertaan program yang best ni?”

Baiklah, sebelum itu mari kita lihat apa yang anda akan dapat apabila anda menyertai program ini:

  • 2 hari seminar di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya dan 5 hari online seminar di ruangan forum khas untuk peserta
  • Peluang untuk beramah mesra bersama para pelabur lain dan membentuk kumpulan jaringan pelabur yang saling membantu ke arah kejayaan pelaburan hartanah satu sama lain
  • Sesi soal jawab secara eksklusif bersama SK, Faizul Ridzuan dan speaker-speaker hartanah terkemuka yang lain. Jadi, segala soalan yang terbuku di minda anda bakal terjawab di dalam program ini
  • Peluang mendapatkan tawaran dan peluang pelaburan hartanah hebat di akhir seminar tersebut untuk anda memulakan pelaburan anda

Bayangkan..setelah anda menghadiri program ini..anda berjaya membuat pelaburan hartanah dengan bijak, dan menjana pulangan lebih daripada 5 angka.. jadi, sudah semestinya nilai program ini mencecah 5 angka berbaloi dengan pulangan yang anda jana nanti..

Tetapi, anda tidak perlu membayar sampai 5 angka untuk menyertai program ini..

Harga untuk seminar 1 hari yang dianjurkan oleh seorang speaker hartanah terkemuka mencecah RM250.. jadi jika untuk 7 hari,

7 x RM250 = RM1750 sahaja.

“Mahalnya! Tak ada diskaun lagi ke SK?”

Baiklah..setelah berdiskusi panjang lebar bersama Faizul, kami sudah bersetuju bahawa harga untuk menyertai program 7 Hari WTF Sarjana Hartanah bersama Faizul Ridzuan ini adalah :

RM 997 sahaja

Diskaun “Early Bird” Untuk 50 orang FB fans SaufiKarim.com dan Pembaca ebook PHTM!

SK nak berikan diskaun istimewa untuk anda jika anda bertindak segera.. hanya untuk 50 orang daripada anda sebagai tanda terima kasih SK kepada anda, pembaca setia SaufiKarim.com dan ebook PHTM.

Harga “Early Bird” : RM699 sahaja (sebelum 15 Mei 2013)

EKSKLUSIF: Harga “Early Bird” + FB fans SaufiKarim.com dan ebook PHTM:

Hanya RM 650 sahaja!

(Terhad untuk 50 orang terawal sahaja..)

SOLD OUT!

Harga Sekarang RM699 sahaja!

(Terhad untuk 50 orang terawal sahaja, sebelum 15 Mei 2013)

Jadi, apa tunggu lagi.. ada lebih daripada 7,000 pelanggan newsletter SaufiKarim.com.. SK tak pasti berapa cepat 50 tempat ini akan disambar.. habis je 50 tempat ni, harga akan dinaikkan kepada RM699.

Kemudian, harga biasa seminar akan dinaikkan kepada  RM997.

Jadi, dengan jaminan pulangan wang 100% dalam masa 30 hari, dan tawaran harga yang istimewa untuk anda, rebutlah peluang ini dan sertai program 7 Hari WTF Sarjana Hartanah bersama Faizul Ridzuan sekarang!

Klik pada butang Add to Cart di bawah dan kuasai ilmu pelaburan hartanah gaya jutawan muda Faizul Ridzuan dalam masa 7 hari SEKARANG:

 

Harga Tiket Solo hanya RM997 Sahaja!
Hargat Tiket Kombo Hanya RM1394 Sahaja, jimat RM300 seorang!

Bayaran sekali sahaja untuk pendaftaran program 7 Hari Sarjana Hartanah bersama Faizul Ridzuan

Klik butang Add To Cart Sekarang dan dapatkan tiket ke Seminar WTF Sarjana Hartanah 2013 Sekarang!

Bank transfer dan kad kredit diterima

Urusan pembayaran boleh dibuat 24 jam sehari, 7 hari seminggu

Jumpa anda di sana!

69681_10152676784825145_438667367_n

 

 

 

 

 

 

 

Saufi Karim

Blogger hartanah dan penulis ebook bestseller “Pelaburan Hartanah Tanpa Modal”

 

PS. Anda dilindungi oleh Jaminan Pulangan Wang 100% kami. Kami hanya menjanjikan program yang terbaik untuk anda supaya anda dapat menguasai teknik pelaburan hartanah gaya jutawan muda, Faizul Ridzuan. Tetapi, jika anda rasa program tersebut tidak mendatangkan faedah, anda boleh hubungi kami di admin@wtfuniversity.com.my dan kami akan pulangkan semula wang anda sepenuhnya.

PPS. Kerana jangkamasa program yang lama iaitu selama 7 hari, dan dengan jadual saudara Faizul Ridzuan yang agak sibuk, program ini hanya akan dijalankan sekali sahaja pada tahun ini. Jadi, rebutlah peluang keemasan ini untuk menimba ilmu pelaburan hartanah terbaik daripada beliau, yang semestinya sudah terbukti membolehkan beliau memiliki 23 buah rumah pada usia 30 tahun.

Ubah hidup anda dalam masa 7 hari daripada pelabur biasa-biasa kepada pelabur jutawan dan klik pada butang Add to Cart di bawah sekarang:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>